Alhamdulillah...Alhmdulillah...Alhmdulillah...
Masih diberi kesempatan oleh ALLAH s.a.w. yg TERCINTA untuk terus menghirup udara di bulan yang mulia, Ramadhan Kareem.
Sedar tak sedar, hampir ke penghujung rupanya. Sejauh mana perubahan yang terukir dalam diri, masing-masing menilai diri sendiri. Berjayakah (Alhamdulillah), atau kecundangkah (Astaghfirullah)...?
Sepanjang pelayaran Ramadhan ini, apa yang sangat terkesan sepanjang bertandang ke tanah air yang dicintai, Malaysia, alhamdulillah...satu perubahan yang tak tahu bila bermulanya, tapi hampir menyamai apa yang berlaku di Mesir. Qiyamu
llail. Subhanallah...anjakan paradigma, mungkin.
Beriktikaf di Masjid bukan lagi satu kejanggalan buat masyarakat. malam 27 Ramadhan sahaja sudah cukup mengharukan. Ramai yang datang ke masjid bersama anak-anak kecil, beriktikaf sehingga Subuh. Seronok. ^_^
Semoga kebaikan ini kekal hingga hujung usia dunia.
Namun, di sebalik kesungguhan menghidupkan malam, teringat sikap sesetengah umat Islam di Malaysia ini yang melayari Ramadhan dengan kemewahan makanan dan minuman. Ibarat pesta makanan layaknya.
Ampunkan kami, wahai Tuhan. Pengajaran yang cuba diterapkan melalui tarbiah Ramadhan ini telah kami cemari dengan kerakusan kami membeli makanan. membeli hingga tak mampu nak menghabiskan. Rakusnya kami...
Ada yang tidak membeli, tetapi hadir ke Masjid dengan tujuan murni berbuka dan solat berjemaah di sana. Juadah berbuka adalah apa yang disediakan oleh pihak masjid. Kalau di Mesir, namanya dipanggil Ma'idatur Rahman.

Tapi, sayang seribu kali sayang, juadah-juadah yang disediakan itu bukan untuk kita seorang, sayang. Tapi ia adalah untuk dirasai nikmatnya bersama-sama saudara kita yang lain. Andai satu set makanan ada: Nasi putih + Ayam kari + Sayur goreng + Nasi Lemak + Kuih-muih + Bubur Lambuk + Air...apa salahnya kalu kita memilih satu menu sahaja. inshaAllah, kenyang juga. Berbuka tak perlu banyak-banyak. Gas HCL tak kan sempat menghakis perut punya!
Sedikit renungan yang ingin dikongsi bersama. Dalam kemewahan kita mengisi setiap ruang dalam perut, masih ramai yang tidak berpeluang untuk merasai nikmat makanan itu sekalipun setitis air sangat mahal nilainya.
Ini antara senario yang sekian lama ingin dikongsi bersama. Alhamdulillah, waktu ini sempat dicuri-curi untuk menaip secangkir bicara. Semoga bermanfaat untuk semua. Andai ada kecacatan, itu kelemahan. Ambillah yang baik, tinggalkanlah yang buruk. Sekian.
~Lakaran pena untuk ummah tersayang. Wassalam.
No comments:
Post a Comment